jam ku


Get your own Digital Clock

Sunday, December 5, 2010

KISAH BENAR BUKAN LAWAK

KISAH BENAR BUKAN LAWAK

Nama saya lin (bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara Matahari terbit, jepun. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan ikhtibar pada masa hadapan.

Kisah ini berlaku didepan mata saya sendiri menyebabkan saya rasa insaf. Ada seorang budak jepun tinggal bersama-sama dengan maknya  di daerah Yamanashi. Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Kerana mereka hanya tinggal berdua  maka hubungan di antara Tatsuo-sun dengan maknya maciko-san amatlah rapat sekali. Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki meiji University.
 
Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang kerumah ketika bercuti, meninggalkan emaknya kesunyian di rumah . hendak dipendekkan cerita, maciko-san  telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya. Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku. Ia terjadi di depan mata saya sendiri.

Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika  ibu nya tibadan memanggil namanya. Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakannya yang rata-rata anak orang berada . Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata “Makcik ni silap orang la..” . Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat maciko-san  dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata. Maciko-san memengang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya kearah jalan raya dan dilanggar kereta.
Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ia Cuma berlaku di dalam telivisyen di rumah saya. Lantas saya mengambil ‘remote controller’ dan menukar ke siaran yang lain. Sedih sangat.
 sekian........

dipetik dan ditulis semula oleh: khairul aiman


No comments:

Post a Comment